Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

THE CLOSING CEREMONY FOR AIRCRAFT TECHNICIAN SUPERVISORY UPGRADING COURSE NO. 44 AND AVIATION MAINTENANCE MANAGEMENT COURSE NO. 13.

RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 16 March 2023 – No. 75 Squadron, No. 7 Wing, Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a closing ceremony for the Aircraft Technician Supervisory Upgrading Course No. 44 and Aviation Maintenance Management Course No. 13. The Aircraft Technician Supervisory Upgrading Course commenced on the 19 January to 16 March 2023 (8 weeks), with a total of 11 participants. The Aviation Maintenance Management Course began on 9 February to 16 March 2023 (5 weeks) with 11 participants. Both course participants were from No. 5 Wing, Support Group, RBAirF, and Fleet Tactical Aircraft Squadron, Royal Brunei Navy (RBN).

Present as the Guest of Honour was Major (U) Mohammad Nashriq bin Moksin, the Squadron Commander of No. 75 Squadron. In attendance were the Officer In Charge of the Course Design and Development/Continuous Training Advisory Team (CDAD/CTAT), Instructors, and guests. The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and was followed by a speech from the Guest of Honour. The ceremony proceeded with the certificate presentation to the course participants. The event concluded with a closing Doa.

The Aviation Maintenance Management Course aims to equip aircraft technicians in the rank of Sergeant and above with the appropriate knowledge and understanding of the fundamentals of Aviation Maintenance Management, personnel development, and engineering tasks. The Aircraft Technician Supervisory Upgrading Course aims to equip aircraft technicians in the rank of Corporal and Engineering 2 with the appropriate knowledge and understanding of the supervisory management, responsibilities, and duties required when working with aircraft.



MAJLIS PENUTUP BAGI KURSUS AIRCRAFT TECHNICIAN SUPERVISORY UPGRADING NO. 44 DAN KURSUS AVIATION MAINTENANCE MANAGEMENT NO. 13.

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 16 Mac 2023 – Skuadron 75, Cawangan No. 7, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Penutup bagi Kursus Aircraft Technician Supervisory Upgrading dan Kursus Aviation Maintenance Management. Kursus Aircraft Technician Supervisory Upgrading No 44 telah dijalankan selama 8 minggu bermula daripada 19 Januari 2023 sehingga 16 Mac 2023 dan Kursus Aviation Maintenance Management No. 13 telah dijalankan selama 5 minggu bermula daripada 9 Februari 2023 sehingga 16 Mac 2023. Peserta kursus terdiri daripada anggota Cawangan No. 5, Kumpulan Bantu, TUDB dan Fleet Tactical Aircraft Squadron, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB).

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Mejar (U) Mohammad Nashriq bin Moksin, Pegawai Memerintah Skuadron 75. Turut hadir ialah Pegawai Penguasa Rekaan dan Perkembangan Kursus/Tim Penasihat dan Kesinambungan Latihan, jurulatih-jurulatih kursus dan para jemputan. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan ucapan dari Tetamu Kehormat. Majlis diteruskan dengan penyampain sijil dan perasmian penutup kursus. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Penutup.

Kursus Aircraft Maintenance Management diadakan bagi mempersiapkan teknisyen pesawat yang berpangkat Sarjan keatas dengan pengetahuan dan kepakaran didalam asas pengurusan, perkembangan anggota dan tugasan kejuruteraan. Manakala Kursus Aircraft Technician Supervisory Upgrading bertujuan bagi mempersiapkan teknisyen pesawat yang berpangkat Koperal dan Jurutera 2 dengan pengetahuan dan kefahaman didalam aspek pengurusan, tanggungjawab dan tugasan penyelenggaraan pesawat.